Thursday, November 19, 2026
Advertisement
Latest

Kakitangan JKNS maut dalam perjalanan ke tempat kerja

By · · 1 min read · 2 views

Kakitangan JKNS maut dalam perjalanan ke tempat kerja
Advertisement
Mangsa lelaki berusia 46 tahun dipercayai menunggang motosikal dari arah Papar menuju ke Membakut sebelum terbabit dalam kemalangan kira-kira jam 4.30 pagi.

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Hospital Papar.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Heryan Mohd Tahir berkata, pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan kerosakan pada bahagian belakang motosikal yang ditunggang mangsa.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan kemalangan itu membabitkan kenderaan lain yang masih belum dikenal pasti.

“Bagaimanapun, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan termasuk menentukan sama ada mangsa terbabas sendiri atau dilanggar kenderaan lain.

“Polis kini sedang giat mengesan kenderaan yang mungkin terbabit selain mendapatkan maklumat daripada saksi bebas bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media.

Heryan meminta orang ramai, khususnya pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan sekitar waktu kejadian, tampil menyalurkan maklumat sekiranya mempunyai maklumat berkaitan.

Maklumat boleh disalurkan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor El Najeeb Abdul Rhahman menerusi talian 016-8813880.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Advertisement

You May Also Like