Thursday, November 19, 2026
Advertisement
Business

Pertemuan YTL–Macron sorot peluang kerjasama AI Malaysia–Perancis, Ketengahkan Keupayaan Infra AI Malaysia

By · · 1 min read · 2 views

Pertemuan YTL–Macron sorot peluang kerjasama AI Malaysia–Perancis, Ketengahkan Keupayaan Infra AI Malaysia
Advertisement
Memetik laporan Bernama pada 17 November, Yeoh berkata industri berteknologi tinggi Perancis berpotensi menjadi pelanggan utama perkhidmatan pengkomputeran AI, dengan memanfaatkan kapasiti pusat data untuk meningkatkan produktiviti, mempercepat inovasi dan mengukuhkan daya saing.

Mengulas perbincangannya dengan Macron, Yeoh berkata ketidaktentuan berhubung pembangunan pusat data berskala besar di Amerika Syarikat boleh membuka peluang kepada Perancis untuk menarik pelaburan dalam infrastruktur AI.

Menurutnya, bekalan tenaga nuklear yang bersih dan terjamin, bersama sektor pembuatan yang maju, menjadikan Perancis destinasi berpotensi bagi pelaburan tersebut.

Pertemuan itu berlangsung sempena lawatan rasmi dua hari Macron ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Yeoh turut menyifatkan Macron sebagai seorang yang tajam pemerhatian dan tekun mendengar. Beliau juga menyatakan kekagumannya terhadap pemahaman Presiden Perancis itu mengenai hal ehwal global dan kerumitan ekonomi dunia.
Advertisement

You May Also Like